:: Kemaskini Terakhir Pada 13 Julai 2009 ::
.:: Paparan terbaik adalah dengan menggunakan resolusi 1024 x 768 piksel ::.
Anda memerlukan Pemain Flash (Flash Player) untuk melayari laman web ini.
©2009 Intelligent Corp., Unit Laman Web, Team iT Maahad Muhammadi (Perempuan). Hakcipta terpelihara.
Maahad Muhammadi Perempuan, satu nama yang cukup gah dan telah mendominasi dunia penyebaran ilmu di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya sejak berdekad lalu.Maahad Muhammadi Perempuan adalah sebuah sekolah agama di bawah kerajaan negeri Kelantan dan dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Selari dengan sistem pendidikan YIK, Maahad Muhammadi Perempuan mengamalkan sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan sukatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan sukatan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Melalui sistem ini, proses pembelajaran dilaksanakan menggunakan tiga bahasa pengantar utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Pelajar-pelajar dikehendaki menguasai ketiga-tiga bahasa ini dengan baik bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Bagi para pelajar di tingkatan empat dan lima, mereka diberi pilihan sama ada untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains, akaun, perdagangan mahupun ekonomi. Kesemua empat aliran ini disepadukan matapelajaran agama yang wajib menjadikan mereka berada dalam aliran agama tulen.
Pada masa sekarang, Maahad Muhammadi Perempuan mempunyai 2044 pelajar dengan tenaga pengajar seramai 120 orang. Maahad Muhammadi Perempuan terus mengorak langkah bagi mencipta kejayaan dengan meneruskan usaha-usaha yang sewajarnya dalam mendominasi arus pendidikan bagi membentuk tonggak pejuang ummah yang bakal menjadi peneraju dalam meneruskan misi membawa kembali cahaya Islam di bumi ini. Harapan yang besar disandarkan semua pihak untuk melihat kejayaan produk hasil tarbiah di bumi Maahad ini.
Pengenalan Umum Maahad Muhammadi Perempuan
Perhatian kepada semua pelajar lepasan SPM 2008, sila isi maklumat anda di laman ALUMNI